Mohamad Hafiezie Hasan, 27, didakwa memecah masuk sebuah bilik hotel dan mencuri lima utas gelang tangan emas dan dua pasang anting-anting milik Atiqul Islam yang menginap di hotel yang terletak di Jalan Changkat Tambi Dollah di sini pada pukul antara 9.55 malam dan 10.30 malam, 22 Februari lalu.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Amirul Asyraf Abdul Rasid mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan bagi mana-mana satu kesalahan yang dilakukan buat kali kedua atau kemudian boleh dikenakan denda.

Majistret Maizatul Munirah Abd. Rahman tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan tiada ahli keluarga hadir untuk menjadi penjamin dan menetapkan 22 November ini untuk sebutan kes. - UTUSAN ONLINE