Tertuduh, Lee Ming Chai, 51, didakwa melakukan kesalahan tersebut antara Januari 2004 hingga Mac 2004 melibatkan 10 transaksi bernilai RM990,500.


Lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua 10 pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Menurut fakta kes, tertuduh didakwa melakukan 10 kali transaksi yang menyalahi undang-undang itu di Tampin, Negeri Sembilan dalam nombor akaun bank yang sama milik sebuah syarikat.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 52(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang jika sabit kesalahan boleh didenda minimum RM250,000 dan maksimum RM1 juta atau dipenjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkipli.


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM92,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 27 Febuari 2019 bagi sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE