Hakim Maimoonah Aid menjatuhkan hukuman itu selepas M. Govy mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, pemilik syarikat TMG Metal Trading itu didakwa melonggokkan sisa pepejal terkawal iaitu sisa pepejal isu rumah tanpa kebenaran di Lot 750, Kawasan Perindustrian Nilai, Seremban pada pukul 3 petang, 3 Januari lalu.

Lelaki itu dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 71 (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 71 (8) akta yang sama.

Tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000 atau penjara tidak kurang daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, N. Jaya Thinarajah manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - UTUSAN ONLINE