Muhamad Firdaus Azmi, 27, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang tidak dikenalinya kira-kira pukul 7.15 pagi, 7 Ogos lalu di tempat awam di Shah Alam dekat sini.

Tertuduh yang juga baru mendapat tawaran bekerja sebagai pemandu forklift didakwa melakukan sentuh­an seksual secara fizikal men­­­­­gikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksu­al Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Hakim Mohd. Kafli Che Ali membenarkan tertuduh yang isterinya kini hamil dua bulan, diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes itu di­sebut pada 12 September ini.

Beliau turut mengeluarkan syarat tambahan agar Muhamad Firdaus tidak mengganggu mangsa dan saksi-saksi perbicaraan serta diperintah melapor diri di Balai Polis Kampung Baru Subang dekat sini sebulan sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nordalina Ali, manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Ridhwan Jalaludin.

Di mahkamah sama, seorang penganggur mengaku bersalah atas tuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap anak tirinya yang berusia 12 tahun di rumah mereka di Kuala Se­langor, Selangor, Julai tahun lalu.

Mohd. Kafli memerintahkan tertuduh yang berusia 28 tahun (namanya dirahsia­kan oleh mahkamah) dilarang jamin selepas membe­narkan permohonan Nor­­­­dalina ke­ra­na dikhuatiri le­laki itu akan mengganggu mangsa dan saksi-saksi pendakwaan.

Mahkamah selanjutnya me­netapkan Isnin ini bagi membacakan fakta kes dan menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Bagi tuduhan rogol, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, manakala tuduhan seks luar tabii, dia didakwa mengikut Seksyen 377C akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.