Antara yang hadir adalah Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Zambri Mohd. Isa dan Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat Datuk Mohamed Sabri Mohd. Arsad.

Pada prosiding hari ini, Majistret Hizween Azleena Othman Kamal menetapkan 19 Februari ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa.

Cikgu Idzahril kali pertama didakwa di mahkamah pada 11 Disember tahun lalu dan dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM4,000.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan kepada seorang murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Sri Sentosa, Nibong Tebal pada 2 Ogos tahun lalu. - UTUSAN ONLINE