Melalui jawatankuasa pendamai, wakil yang dilantik akan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian sebelum hasil perbincangan itu dikemukakan kepada mahkamah.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin menetapkan tarikh tersebut selepas prosiding pelantikan wakil di sini hari ini.

Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss melantik rakan baiknya, Dr. Azuraida Shahadan manakala Azfendy melantik abangnya.

Azfendy pada 5 Mac lalu telah memfailkan permohonan bercerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 atas alasan tidak mempunyai cahaya mata walaupun sudah berkahwin sejak 30 Ogos 2008. - UTUSAN ONLINE