Tujuh tertuduh iaitu Mohd. Rosidih Mohd. Said didenda RM15,000, Terence Linchos didenda RM17,000, Jaduin Untop (RM18,000), Zulkifli Arun (RM14,000), Juraineh Musalim (RM7,000), Noor Salim Mohd. Zin (RM12,000) dan Mohd. Akmal Hafiz Mohamad Ariff sebanyak RM12,000 yang perlu dijelaskan jika tidak masing-masing bakal menjalani hukuman penjara tiga bulan.


Seorang lagi tertuduh iaitu Naza [email protected] Ab. Satar didenda RM20,000 atau empat bulan penjara jika gagal membayarnya.


Hakim Abu Bakar Manat menetapkan hukuman tersebut selepas kelapan-lapan tertuduh mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang dibuat di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.


Dalam prosiding itu, pendakwan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rozanna Abd. Hadi dan Rustam Sanip daripada Suruhanjaya Pencegahn Rasuah Malaysia (SPRM) manakala tertuduh diwakili peguam Hairul Vyron serta Ram Singh.