Asisten Superintendan Mohammad Zafrul Zulkifli, Lans Koperal Mohamad Hasirun Abu Hassan, Lans Koperal Mohd. Saffuan Mat Salleh dan Lans Koperal Muhammad Huzzaini Esman mengaku tidak bersalah selepas didakwa di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.


Koperal Abd. Rahim Yusak dan Konstabel Mohd. Hafis Hafizi Azhari pula membuat pengakuan serupa di hadapan Hakim Madihah Harullah.


Koperal Azuan Khalid dan Koperal Zulazri Idris juga mengaku tidak bersalah ketika mereka dihadapkan di hadapan Hakim Azura Alwi.


Kesemua mereka didakwa meminta, setuju terima dan menerima rasuah di beberapa lokasi sekitar ibu negara di antara 28 September 2013 hingga 28 Januari 2016.


Rasuah yang diminta antaranya sebagai dorongan untuk menyelesaikan saman trafik dan upah untuk tidak menahan seseorang yang dikehendaki pihak polis. - UTUSAN ONLINE