Perintah itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Kanan, Kamarul Hasyime Rosli selepas suspek 50 tahun itu ditahan reman selama dua hari lalu bermula semalam sebaik sahaja memberi kenyataan di Ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut pada pukul 7 malam Khamis.

Menurut peguam suspek, E. Gnasegaran, mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak polis sedang mendapatkan kenyataan saksi kes terbabit dan tidak melibatkan suspek.

Walau bagaimanapun jelasnya, anak guamnya akan memberi kerjasama kepada polis sepanjang siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Suspek yang juga bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) didakwa mencabul mangsa yang dikenali sebagai Tan, 21, dalam kejadian 6 Julai lalu.

Mangsa mendakwa lelaki itu bertindak mencium serta meraba kemaluannya selain suspek turut dikatakan melakukan onani di hadapan mangsa dan menawarkan sejumlah wang untuk tidur bersamanya. - UTUSAN ONLINE