Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Abdul Jalil Muhamad di Mahkamah Majistret Kuala Selangor kira-kira pukul 10 pagi ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan ke atas suspek, Gan Kian Leong, 34, di bawah Seksyen 44(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kejadian pukul 12.01 pagi semalam, seorang kostabel polis yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 maut selepas dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh suspek yang memandu kereta jenis Honda Civic. di Jalan Klang-Teluk Intan di sini.

Mangsa, Mohamad Azreen Anuar, 27, yang berkhidmat pasukan keselamatan itu sejak 12 April 2015 dan bertugas di Balai Polis Kuala Selangor itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Selain itu, suspek yang berasal dari Taman Aman Sekinchan itu dikatakan turut menyebabkan seorang pejalan kaki berusia 19 tahun cedera selepas kereta yang dipandunya terbabas di bahu jalan di laluan berkenaan.   

Suspek berjaya yang melarikan diri selepas kejadian itu bagaimanapun berjaya ditahan petang semalam selain disahkan positif dadah jenis estacy. - UTUSAN ONLINE