Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, pelawak itu dibawa ke mahkamah pagi tadi bagi berdepan tuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

“Tertuduh yang merupakan seorang pelakon mengaku salah dan dihukum denda sebanyak RM2,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan polis menyiasat pelawak itu selepas disyaki menyerang seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di taman perumahan Acacia Park Desa Jati di Nilai.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, pelawak terbabit dipercayai menumbuk muka pengawal keselamatan berkenaan, Yahya Manap, 68, sebanyak tiga kali sebelum menendang mangsa.

Dia yang pernah menganggotai kumpulan lawak, Senario dipercayai berang kerana ditegur tidak membuat catitan dalam buku pelawat semasa memasuki kawasan perumahan itu. - UTUSAN ONLINE