Ruslan Deraman, 57, yang bertugas di Balai Polis Wakaf Tapai, Marang membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Tertuduh didakwa meminta wang suapan RM500 sebagai dorongan untuk melepaskan lelaki itu dan motosikal jenis SYM yang ditahan daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Balai Polis Wakaf Tapai pada 13 Februari 2017.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 16(a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Mac ini untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE