Tertuduh, Mohd. Najib Atan, 60, mengaku salah melakukan perbuatan tersebut dengan menggunakan Borang Inden Kerja atas penama Ismail Nasir dengan nilai RM20,000.

Hakim, Mohammad Khalid Ab. Karim menjatuhkan hukuman denda RM20,000 dan boleh dipenjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE