Hakim Zaman Mohd. Noor menjatuhkan hukuman tersebut selepas Muhammad Zaidi Abdullah, 40, menukar pengakuannya kepada bersalah ketika sebutan kes hari ini.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Zaidi yang dinamakan sebagai Orang Kena Saman (OKS) didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui Facebook Zaidi Zura secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Semua kesalahan tersebut masing-masing didakwa dilakukan pada pukul 4.07 pagi, 3 Disember 2016, pukul 6.31 petang, 5 Disember 2016 dan pukul 7.35 petang, 6 Disember 2016.

Ketiga-tiga pautan itu kemudian dibaca di No. A-1110, tingkat 11, Menara A, Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah di sini pada pukul 5 petang,  3 Januari lalu.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. - UTUSAN ONLINE