Mohd. Rustam Roshandin ha­­dir bersama peguam Adnan Seman di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk memfailkan saman tersebut.

KL Karnival selaku pihak plaintif dalam pernyataan tuntutannya menyatakan telah diberikan kontrak penyewaan tanah bermula 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2020.

Plaintif mendakwa, pihaknya telah bersetuju dan menandatangani surat tawaran dengan bayaran RM143,780 dalam tempoh 14 hari pada atau sebelum 5 Di­sember 2016.

Kerja-kerja tanah telah mene­lan belanja RM3 juta dan seba­nyak 430 peniaga khemah dan 210 peniaga kontena telah membuat pembayaran bagi memboleh­kan plaintif membawa masuk kontena dan mempersiapkan tapak khemah serta memperindahkan kawasan tersebut.

Pembukaan rasmi secara besar-besaran pada 24 Mac tahun lalu telah dirancang oleh pihak plaintif, namun begitu pada Ja­nuari 2017, PSM yang dinamakan sebagai pihak defendan memaklumkan, sebahagian tanah yang diberikan itu akan diambil sementara bagi kerja-kerja melaksanakan tempat letak kereta.

Pada bulan Februari tahun sama, pihak plaintif membawa masuk 100 kontena dan para peniaga melakukan fabrikasi namun baki 120 kontena tidak dapat dibawa masuk kerana tapak sepatutnya telah digunakan oleh pihak kontraktor defendan.

Harapan pihak plaintif untuk memulakan perniagaan pada bulan Ramadan, namun tidak dibenarkan dan hanya sebahagian peniaga khemah yang menjual makanan dan minuman telah memulakan perniagaan tanpa plaintif mengenakan sebarang bayaran kerana tapak belum sempurna.

Pihak plaintif mendakwa, te­lah dimaklumkan oleh pihak de­fendan, mereka akan memanggil plaintif selepas Sukan SEA di­sebabkan terlalu sibuk, namun apabila tiba acara sukan itu, kawasan KL Karnival tidak dibenarkan menjalankan sebarang ak­tiviti.

Dakwa pihak plaintif perkara itu telah memberi imej yang tidak baik dan impak negatif terhadap syarikatnya.

KL Karnival pernah ditawarkan Stadium Jalan Duta, namun syarikat itu tetap menuntut ganti rugi modal perniagaan yang di­laburkan dan ganti rugi bagi membayar peniaga.

Plaintif mendakwa telah me­ngalami kerugian besar seba­nyak RM41.5 juta yang merupakan kerugian perbelanjaan segala kos yang dikeluarkan dan kerugian pendapatan sewaan.

Sehubungan itu, pihak plaintif antaranya menuntut jumlah ganti rugi tersebut, selain faedah lima peratus setahun dan kos khidmat guaman pelanggan.