Hakim Rohatul Akmar Abdullah memutuskan demikian tanpa memanggil Khalid membela diri bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada akhir kes pendakwaan.

Ketika membaca keputusannya, hakim mendapati kenyataan yang dibuat oleh ahli Parlimen itu merupakan satu cadangan dan tidak terjumlah kepada hasutan.

Pada 26 Ogos 2014, Khalid didakwa atas tuduhan mengeluarkan pernyataan berbaur hasutan berhubung kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen, 17 Jun tahun sama. - UTUSAN ONLINE