Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman selepas membenarkan permohonan SPRM bagi membolehkannya disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Adam, 28, yang tiba di Mahkamah Majistret di sini dengan memakai baju lokap SPRM berwarna oren dan tangan bergari kelihatan tenang dan tersenyum ketika menjejak masuk ke mahkamah tersebut.

Beliau yang tiba dengan diiringi dua pegawai SPRM disambut sekumpulan kecil penyokongnya yang telah berkumpul di perkarangan mahkamah sejak pukul 9 pagi. - UTUSAN ONLINE.