Perintah tahanan reman itu diperoleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Majistret Mahkamah Majistret Georgetown, Muhammad Azam Md. Eusoff hari ini.

Menurut sumber, lelaki yang berusia 39 tahun itu ditahan pada pukul 2 petang semalam di Pejabat SPRM Cawangan Seberang Perai selepas hadir untuk memberi keterangan.

Jelas sumber, siasatan awal mendapati suspek tersebut telah mengemukakan tiga tuntutan yang bernilai lebih RM9,000 bagi kerja-kerja pencetakan dan peralatan pejabat kepada agensi berkenaan sedangan kerja-kerja dan peralatan tersebut tidak dibekalkan. 

Kata sumber lagi, SPRM sedang mengesan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes yang sama.
 
Suspek disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE