Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Nordin Ismail ketika kes disebut di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Lima tertuduh itu adalah Muhammad Akmal Akif Alias, Muhammad Amirul Asraff Mala, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Sufi Mohd. Mustapha dan Muhamad Ashraf Abdullah, kesemuanya berusia 21 tahun.

Dalam representasi yang dihantar sendiri pada 9 Julai lalu, mereka memohon supaya pertuduhan itu dikaji semula.

Siti Radziah menetapkan 15 September ini untuk sebutan semula kes selanjutnya bagi mendapatkan dokumen termasuk laporan forensik.

Pada 14 Jun lalu, kelima-lima lelaki itu bersama 14 lagi me­ngaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.

Empat belas tertuduh yang masing-masing berusia 21 tahun itu adalah Mohd. Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd. Zain, Luqman Hakim Shamsuri, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany, Mohamad Syazwan Musa, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti tersebut, Kem Perdana, Sungai Besi antara pukul 2.30 pagi dan pukul 5.30 pagi, 21 Mei lalu dan di bilik 04-10, antara pukul 1.30 pagi dan 4.30 pagi, 22 Mei lalu.

Pertuduhan terhadap kese­mua penuntut itu dikemukakan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Semua tertuduh masing-ma­sing diwakili peguam Mohd. Fadhly Hashim, Datuk Ranjit Singh Dhillon, Zamri Idrus, A.G. Kalidas, Datuk Hazizah Kassim, Jo­­­­s­h­ua Tay, Ariff Amirul Abdul Jani, dan Datuk Seri M. Ramachelvam.

Sementara itu, mahkamah turut menetapkan tarikh sama bagi sebutan semula kes enam penuntut yang didakwa membunuh dan bersubahat membunuh mangsa.