Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Faridatul Farrah Mohd. Shukri membenarkan tempoh tahanan reman ke atas suspek yang berusia 43 dan 41 tahun itu bermula hari ini hingga esok.

Sebelum ini kedua-dua suspek ditahan ketika dipanggil hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pukul 5 petang Selasa lalu sebelum keesokannya direman tiga hari.  

Difahamkan, tangkapan itu dilakukan dipercayai susulan daripada empat laporan polis yang dibuat oleh empat mangsa penipuan berkenaan RMMJ melibatkan nilai RM120,000.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE