Majistret Khir Nizam Jemari membenarkan lelaki bergelar Datuk Seri yang berusia 62 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 serta seorang penjamin.

Lelaki berkenaan telah ditahan di Ibu Pejabat SPRM pada Rabu lalu dan difahamkan terbabit dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan tiga jalan utama dan terowong tersebut yang bernilai kira-kira RM305 juta.

Semalam, seorang perunding kejuruteraan berusia 50 tahun dibebaskan selepas direman selama lima hari berhubung siasatan kes yang sama.

Sebelum ini, dua individu yang merupakan pengerusi dan timbalan pengerusi syarikat berasingan telah ditahan reman selama 10 hari untuk siasatan kes sama dan telah dibebaskan pada 20 Januari lepas- UTUSAN ONLINE