Saman berkenaan adalah berhubung status dan gambar yang dimuat naik Ridwan di laman Facebooknya yang didakwa memfitnah Setiausaha Kerja UMNO itu.

Dalam penghakiman persetujuan yang dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datin Faizah Jamaludin, Ridwan yang dinamakan sebagai defendan meluahkan kekesalan yang paling mendalam atas kesalahanya yang telah memahami gambar yang dimuat naik di dalam Facebook dari konteks yang salah.

“Atas penyesalan tersebut, saya menarik semula pernyataan-pernyataan saya dalam status dan status bergambar serta membuat aku janji bahawa tidak akan menerbitkan pernyataan sama pada masa akan datang,” katanya.

Dengan penghakiman persetujuan tersebut bermakna kes saman fitnah tersebut diselesaikan secara muktamad.

Ab. Rauf atas kapasiti peribadinya, memfailkan saman itu pada 5 Januari lalu atas dakwaan Ridwan telah memuat naik satu status dan gambar dalam Facebook miliknya atas nama ‘Wan Motor’ dan ‘Ppbm Masjid Tanah’ pada 11 dan 12 November 2016 yang didakwa mengandungi perkataan-perkataan memfitnahnya. - UTUSAN ONLINE