Rosmah, 67, ditahan semalam pada pukul  3.20 petang oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah beliau diarahkan hadir ke ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya untuk diambil keterangan buat kali ketiga bermula pada pukul 11 pagi.

Pertuduhan terhadapnya dibuat selepas SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Rosmah akan menghadapi  pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. - UTUSAN ONLINE