Bagaimanapun tarikh sebutan dan mahkamah yang akan mendengar kes tersebut tidak ditetapkan lagi.


Pada 4 Oktober lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM7 juta dan lima pertuduhan gagal mengemukakan penyata pendapatan kepada LHDN.


Rosmah, 67, didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, tingkat bawah, 148 Jalan Ampang, di sini dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini antara 4 Disember 2013 dan 1 Mei 2018.


Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.


Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE.