Ketetapan itu dibuat Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah supaya mahkamah menangguhkan kes kerana laporan masih belum lengkap.

Pada 15 Jun lalu, Norzailan Omar, 44, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik dituduh di Mahkamah Majistret Jelebu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berhadapan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM20,000.

Dalam kejadian pada 11 Jun lalu, lapan orang maut termasuk enam sekeluarga rentung dalam kemalangan yang membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Bahau-Keratong di sini. - UTUSAN ONLINE