Majistret Mohd. Isa Md. Nor membuat penangguhan itu selepas tertuduh, Kang Chang Heng, 38, tidak memberi sebarang reaksi selepas pertuduhan pertama dibacakan oleh jurubahasa kerana pekak dan bisu.

Majistret Mohd. Isa kemudiannya menetapkan 25 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan mengarahkan pelantikan seorang jurubahasa isyarat.

Mengikut pertuduhan yang sempat dibacakan, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Chia Tee Nang, 73, di sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat antara jam 4 hingga 5 pagi pada 13 Disember lalu.

Pada 13 Disember lalu, sepasang suami isteri terma­suk dua orang cucu lelakinya mati dalam kebakaran sebuah rumah kayu setingkat di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat dipercayai dibunuh sebelum kediaman tersebut dibakar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa yang maut ialah Chia Tee Nang, 73, iaitu seorang pemilik ladang khinzir termasuk isterinya, Lim Mai Shak, 68, dan cucu mereka Chua Yuan Bin, 3, serta Ryan Chia, 10. - UTUSAN ONLINE