Hakim Roslan Hamid memutuskan demikian kerana hanya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan yang kini berada di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) (SOSMA).

Pada bulan lepas, kesemua mereka termasuk seorang bergelar Datuk Seri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak dua tahun lalu. - UTUSAN ONLINE