Hakim Mahkamah Seksyen Harith Sham Mohamed Yasin yang bertindak sebagai Majistret berbuat demikian selepas permohonan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Iskandar Ahmad mengikut Seksyen 177A Kanun Tatacara Jenayah.


Bagaimanapun tarikh sebutan kes di Mahkamah Tinggi masih belum ditetapkan.


Buat pertama kali, Kedutaan Korea Utara menghantar wakil bagi pihaknya iaitu peguam, Datuk Jagjit Singh sebagai peguam pemerhati.


Terdahulu, dua tertuduh kes pembunuhan itu iaitu warga Vietnam, Doan Thi Huong dan warga Indonesia Siti Aisyah tiba di Kompleks Mahkamah di sini hari ini pada pukul 9.03 pagi bagi prosiding sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE