Majistret Siti Nabilah Abd. Rashid membenarkan pembebasan tersebut selepas kedua-dua individu tersebut dibawa ke Mahkamah Majistret di sini.

Sebelum ini, kedua-dua lelaki tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika hadir untuk memberi keterangan pada 5 April lalu.

Kedua-dua lelaki itu kemudiannya direman selama empat hari bermula 6 April dan tempoh tersebut tamat hari ini.

Difahamkan, mereka menerima sejumlah wang rasuah antara RM70,000 hingga RM150,000 daripada syarikat perunding.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 16(A) Akta SPRM 2009.-UTUSAN ONLINE