Majistret Azureen Sahirah Saufee Afandi membenarkan tahanan reman tujuh hari itu bermula hari ini hingga Ahad ini ke atas semua suspek berkenaan selepas permohonan dikemukakan pegawai penyiasat kes dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

Perintah tahanan reman ke atas 14 suspek berusia 14 hingga 22 tahun itu bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Hari ini akhbar melaporkan, seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kedua-duanya ditikam menggunakan pisau oleh sekumpulan lelaki dipercayai kumpulan kongsi gelap, dalam kejadian di SJKC Kuo Kuong 1, Skudai.

ANTARA 14 individu yang ditahan reman di Mahkamah Majistret Johor Bahru
ANTARA 14 individu yang ditahan reman di Mahkamah Majistret Johor Bahru sebentar tadi melibatkan satu kes pergaduhan hingga mengakibatkan kematian seorang lelaki di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Kuong 1, Skudai, semalam. - UTUSAN ONLINE/NUR AISYAH MAZALAN

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, kejadian berlaku pukul 12.30 tengah hari ketika kedua-dua mangsa dan tiga lagi rakannya menghadiri program karnival jualan amal yang sedang berlangsung dalam kawasan sekolah.

Menurutnya, polis sudah menjumpai senjata yang digunakan kumpulan suspek berkenaan untuk menyerang mangsa serta rakannya.

“Kes ini dianggap berjaya diselesaikan susulan tangkapan dua suspek pada lewat petang semalam selepas menahan 12 suspek terlebih dahulu,” katanya. - UTUSAN ONLINE