Peguam Kanan Persekutuan, Mohamad Rizal Fadzil yang mewakili kedua-duanya yang dinamakan sebagai defendan kedua dan ketiga itu memberitahu pemberita, pihaknya memohon supaya saman pemula tersebut dibatalkan atas alasan Menteri Pendidikan Tinggi mahupun kerajaan tidak terlibat dalam tindakan disiplin yang diambil pihak universiti ke atas mereka.

Pada 9 Disember tahun lalu, Anis Syafiqah Md. Yusof, 24, Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, 23, Muhammad Luqman Hakim Mohd. Fazli, 22, dan Suhail Wan Azahar, 22, didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib kerana menyertai perhimpunan aman, MO1.

Mereka selaku pihak plaintif pada 27 Disember tahun sama telah memfailkan saman pemula itu atas dakwaan tindakan disiplin ke atas mereka bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mohamad Rizal berkata, kini hanya pihak UM yang kekal sebagai pihak defendan dalam saman itu dan perbicaraan saman pemula akan didengar pada 21 April ini.

Kesemua plaintif diwakili peguam Cyrus Tiu Foo Woei. - UTUSAN ONLINE