Tarikh tersebut ditetapkan Hakim Datuk Nordin Hassan selepas mendengar hujahan peguam Khoo Guan Huat yang mewakili IRF selaku permohon dan Peguam Perseketuan, Jamilah Jamil bertindak bagi pihak Menteri Dalam Negeri yang dinamakan sebagai responden.

Pada 29 November 2017, IRF mendapat kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan pengharaman tiga buku terbitannya oleh Menteri Dalam Negeri.

Permohonan semakan kehakiman itu difailkan melalui pengasas IRF, Datuk Dr. Farouk Musa pada 7 November 2017

berikutan arahan Menteri Dalam Negeri pada 6 September tahun sama yang melarang percetakan, pengimportan, pengeluaran semula, penjualan, pengisuan, pengedaran atau pemilikan penerbitan tiga buah buku.

Buku terbitan IRF tersebut iaitu 'Wacana Pemikiran Reformis (Jilid 1), Wacana Pemikiran Reformis (Jilid 2) dan 'Islam Tanpa Keekstreman: Berhujah Untuk Kebebasan' yang merupakan terjemahan daripada teks asal Bahawa Inggeris  oleh penulis dari Turki, Mustafa Akyol.

IRF mendakwa organisasi mereka merupakan satu pergerakan dan kumpulan pemikir yang memfokus pemerkasaan belia dan mempromosi wacana intelektual Islam.

Bagaimanapun, melalui satu kenyataan media yang disiarkan pada 9 Oktober 2017, KDN mengumumkan bahawa isi kandungan buku-buku tersebut mempromosikan idea liberalisme, dan mengandungi unsur penghinaan terhadap agama Islam, menyeleweng dan dikupas menggunakan logik akal.

Sehubungan itu mereka menuntut perintah mahkamah bagi membatalkan dua Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) serta deklarasi bahawa perintah tersebut tidak sah dan terbatal selain ganti rugi, kos dan relif lain yang sesuai. - UTUSAN ONLINE.