Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili Najib memberitahu pemberita, tarikh itu ditetapkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Faizah Jamaludin selepas pihak-pihak yang terlibat dalam saman itu menghadiri pengurusan kes tersebut.

Pada masa yang sama, menurut Mohd. Hafarizam, mahkamah meminta, sekiranya boleh mereka memberikan salinan Data Urus Tadbir Syarikat 1MDB.

Namun begitu Mohd. Hafarizam berkata, pihaknya tetap dengan pendirian bahawa Perdana Menteri bukan pengarah mahupun pemegang saham 1MDB.

Sehubungan itu, ujar peguam itu, dokumen tersebut perlu diberikan sendiri oleh 1MDB.

Pihak plaintif memfailkan saman tersebut terhadap Najib dan kerajaan pada 16 Januari lalu atas dakwaan Najib terlibat dalam salah laku pentadbiran awam dan kerajaan, membabitkan dana 1MDB.  - UTUSAN ONLINE