Hakim Murtazadi Amran menetapkan tarikh berkenaan ketika kes itu disebut di hadapannya, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nazrul Nizam Mohd. Zameri memaklumkan kepada mahkamah bahawa Hakim Norashima Khalid yang mendengar kes itu sedang bercuti sakit.

"Kami (pihak pendakwa dan pembelaan) juga bersetuju untuk kes ini ditangguhkan pada 7 Februari depan bagi keputusan. Tarikh itu lapang untuk semua pihak," katanya.

Mohd. Fahmi Reza yang memakai baju-T hitam dan seluar warna sama dilihat hanya bersahaja ketika prosiding kes berlangsung di mahkamah, hari ini.

Pada 4 Januari lalu, Norashima memerintahkan Mohd. Fahmi Reza yang diwakili peguam Louis Liaw membela diri atas pertuduhan berkenaan. - UTUSAN ONLINE