Perkara itu diputuskan Hakim Datuk Rosilah Yop, kata peguam yang mewakili Guan Eng, Felix Lim ketika ditemui pemberita hari ini.

Chang Yeow dan Guan Eng bagaimanapun tidak hadir bagi proses pendengaran itu.

April tahun lepas, Guan Eng mengemukakan saman terhadap Chang Yeow bersama Pengarang Berita Star Media Group, David Tan serta wartawan, Crystal Chiam Shiying, sebagai defendan kes.

Dalam tuntutannya, Guan Eng mendakwa Chang Yeow yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri telah membenarkan dan atau menyebabkan kenyataan palsu ditulis serta diterbitkan di akhbar atau di laman web.

Guan Eng mendakwa, laporan berita bertajuk ‘Pulau Jerejak land sale questioned’ (Penjualan tanah di Pulau Jerejak dipersoalkan) yang diterbitkan pada 16 November 2016 mengandungi kenyataan fitnah dan tidak benar selain mengaitkan beliau dalam isu berkenaan. -UTUSAN ONLINE