Utusan Malaysia telah mengenalpasti dan kini mengakui bahawa terdapat kesilapan fakta di dalam penerbitan artikel yang berkenaan.

Utusan Malaysia serta Zulkifli Jalil selaku penulis artikel tersebut berasa kesal atas penerbitan artikel tersebut yang telah menimbulkan rasa kurang senang YAB Tuan Lim Guan Eng dan dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk memperbetulkan kesilapan pihak kami.

Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kenyataan-kenyataan yang terkandung di dalam artikel bertajuk “Pengundi atas pagar jadi penentu?” tersebut.

Utusan Malaysia serta Zulkifli Jalil juga secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Tuan Lim Guan Eng di atas kesilapan tersebut dan atas apa jua kesusahan dan pengaiban yang diakibatkan kepada YAB Tuan Lim Guan Eng ekoran daripada penerbitan artikel berkenaan.

Utusan Malaysia juga berakujanji untuk tidak menerbitkan atau menyebabkan penerbitan perkataan-perkataan atau perkara serupa yang dinyatakan di dalam artikel bertajuk “Pengundi atas pagar jadi penentu?” tersebut.”