Mohd. Nor Yusof yang mewakili Awang Mohd Tahir ketika merayu di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nurcahaya Arshad berkata, ahli keluarga anak guamnya hanya mampu mengumpulkan wang tunai sebanyak RM500,000 justeru menawarkan geran tanah tersebut sebagai jaminan.

“Kami tidak merayu supaya nilai jaminan dikurangkan tetapi merayu supaya cara pembayaran dipelbagaikan,” katanya ketika prosiding di Mahkamah Tinggi di sini.

Pada Januari lalu, Mahkamah Sesyen menetapkan nilai jaminan terhadap Awang Mohd. Tahir dikurang daripada RM10 juta kepada RM5 juta dengan RM2 juta daripadanya dibayar sepenuhnya oleh seorang penjamin.

Nurcahaya menetapkan pukul 3 petang ini untuk Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rozanna Abd. Hadi memberikan hujah sebelum beliau membuat keputusan. - UTUSAN ONLINE