Hakim Shamsudin Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Norfais Ishak, 22, yang didakwa melakukan pecah rumah  melalui tingkap tandas dalam bilik dan mencuri barangan antaranya termasuk tiga kamera jenama Nikon, Go Pro, empat lensa kamera dan komputer riba milik mangsa yang semuanya bernilai RM11,300.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mangsa di Wangsa Maju, pada pukul 6.10 pagi, 22 Oktober lalu.


Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 23 Oktober lalu.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh juga dikenakan denda dan jika kesalahan yang dilakukan adalah mencuri tempoh pemenjaraan boleh dilanjutkan sehingga 14 tahun.-UTUSAN ONLINE