Chieng Siew Hang, 36, kapten Kapal Lipo Jaya II didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 7.10 malam di perairan Malaysia Timur di 37 batu nautika dari Tanjung Po, Kuching.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong memerintahkan tertuduh dengan jaminan mahkamah RM8,000 tanpa deposit dan diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah dalam tempoh tujuh hari.

Mengikut pertuduhan, tertuduh cuba memberi suapan kepada Pegawai Memerintah Kapal Grade T18, Mohamad Razif Zaidi sebagai dorongan bagi tidak diambil tindakan terhadapnya di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 berikutan ketiadaan ketua jurutera dan Sijil Manning Safety ketika belayar.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Penyiasat SPRM, Dzulkarnain Rousan Hasbi manakala tertuduh diwakili peguam William Kong. - UTUSAN ONLINE