Peguam, S. Sitpah yang mewakili pihak plaintif iaitu kerajaan dan 1Malaysia Development Bhd. (Kumpulan 1MDB) dalam urusan penjualan kapal mewah memberitahu, kapal tersebut akan dijual dengan harga bilion ringgit.

“Pihak kami sedang mendapatkan arahan daripada Mahkamah Tinggi (Admiralti) untuk memuktamadkan jualan kapal tersebut.

“Arahan tersebut merupakan fasa kedua dalam urusan penjualan kapal yang berusia lebih empat tahun itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 19 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa kerajaan dan Kumpulan 1MDB adalah pemilik benefisiari kapal Equanimity.

Pada 24 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan kerajaan untuk menjual kapal mewah Equanimity yang didakwa milik ahli perniagaan Low Teck Jho atau Jho Low. - UTUSAN ONLINE