Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua pertuduhan tersebut pada akhir perbicaraan peringkat pendakwaan.

Beliau berkata, ini adalah hasil penelitian terhadap bukti serta hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan serta keterangan oleh 27 saksi pendakwaan yang dipanggil sepanjang perbicaraan dijalankan.

“Selepas meneliti bukti dan hujahan yang dikemukakan, saya dapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes. Pihak pembelaan diminta memberi hujahan terakhir pada tarikh ditetapkan,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah, Ku Hayati Ku Harun dan Shukor Abu Bakar manakala Kamal Hisham diwakili peguam, Datuk Shaharudin Ali dan Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz.

Mahkamah menetapkan 3, 4 dan 5 April ini untuk perbicaraan di peringkat pembelaan. - UTUSAN ONLINE