Beliau yang turun selepas prosiding terhadap bapanya selesai terpaksa merayu kepada lebih 100 penyokong berbaju merah yang bertindak agresif cuba merempuh pasukan Light Strike Force yang ditugaskan untuk mengawal pintu masuk ke bangunan tersebut.

Kak Long jumpa penyokong
NURUL Hidayah Ahmad Zahid menenangkan penyokong bapanya di luar pagar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

“Bapa saya akan keluar sebentar lagi untuk bertemu dengan semua penyokong, jadi saya harap semua dapat bersabar kerana itu adalah sifat UMNO sejak dulu.

“Jangan biarkan ‘anjing-anjing’ yang dihantar untuk membuat provokasi mempengaruhi kita bertindak ganas... sabar,” katanya ketika berucap di hadapan penyokong bapanya, di sini. - UTUSAN ONLINE