Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kaji pakai baju lokap

Perlu demi pelaksanaan lebih adil, hormati kebebasan

Mohd. Noor Abdullah
Mohd. Noor Abdullah

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Pemakaian baju lokap terhadap individu yang sedang disiasat oleh pihak berkuasa perlu diperha­lusi dan diteliti bagi mem­bo­leh­­kan pelaksanaan­nya lebih adil ser­ta meng­hormati ke­­­­be­­­ba­san me­reka.

Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Datuk Mohd. Noor Abdullah berkata, setiap tindakan yang dilakukan pihak berkuasa perlu berpaksikan keadilan Perlembagaan Persekutuan sekali gus menjamin kebebasan setiap individu supaya reputasi pihak terlibat tidak terjejas.

“Seseorang individu boleh ditahan selama 24 jam di dalam lokap. Pemakaian baju lokap adalah mengikut peraturan lo­kap dan individu terbabit perlu mengikutinya tetapi apabila da­lam pro­ses permohonan reman, dia dibenarkan untuk memakai pakaian biasa kerana belum didapati bersalah.

“Perkara itu terkandung dalam Artikel 5, Perlembagaan Persekutuan yang mana seseorang itu tidak boleh digantung atau dihukum penjara seumur hidup atau dipenjarakan melainkan mengikut undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di sini, hari ini.

Beliau mengulas beberapa polemik berhubung pemakaian baju lokap terhadap bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad serta Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Ditanya tentang tindakan pegawai SPRM berhubung pemakaian baju lokap itu, Mohd. Noor yang juga bekas hakim Mahkamah Rayuan menegaskan, tindakan mereka adalah wajar berdasarkan lunas undang-undang dan mengikut situasi semasa di mahkamah.

Jelasnya, individu yang ditahan merupakan seorang yang dikenali dan mempunyai pengikut justeru, pegawai terbabit memakaikan baju lokap berwarna jingga kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini semasa mengiringinya bagi proses permohonan reman di mahkamah.

Beliau memberitahu, masya­rakat tidak sepatutnya mengkritik tindakan SPRM menahan mana-mana individu berikutan agensi tersebut telah melakukan siasatan terperinci termasuk menahan pe­ngadu terlebih dahulu bagi mendapatkan bukti yang sah.

Mengulas tindakan menggari, ujar beliau, ia boleh dilakukan sekiranya orang yang ditahan bertindak ganas dan tidak mendengar arahan.

Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan yang turut senada berkata, individu yang ditahan boleh dipakaikan baju lokap ketika proses permohonan reman supaya pihak berkuasa dapat mengenalinya jika terjadi perkara tidak diingini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain