Justo akan hadir di Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok, kata seorang pegawai mahkamah.

Menurut peguamnya, Dr. Marc Henzelin seperti yang dilaporkan media, Justo dijangka membuat pengakuan bersalah yang seterus­nya tiada perbicaraan penuh dijalankan.

“Hakikat bahawa dia mengaku bersalah boleh meringankan hukuman. Asas bahawa dia bekerjasama dengan polis dan pengakuan yang dibuat akan dipertimbangkan hakim,” katanya.

Di bawah Kanun Keseksaan Thailand, kesalahan melakukan peras ugut boleh dikenakan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun serta denda antara 2,000 baht (RM225) hingga 20,000 baht (RM2,250).

Justo ditangkap di pulau peranginan Koh Samui di selatan Thailand pada 22 Jun.

Polis Thailand selesai menyiasat kes itu kira-kira minggu lepas.

Kes Justo menarik minat mendalam di Malaysia berikutan kewujudan projek usaha sama antara PetroSaudi International dan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). – agensi