Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jurutera JPS dipenjara, denda RM15,000

KOTA BHARU 17 Mei – Seorang wanita yang juga jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Machang dijatuhkan hukuman penjara seminggu dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan mene­rima ra­suah bernilai RM3,000, lima tahun lalu.

KHAFASLIZA SHAFII
KHAFASLIZA SHAFII

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Bache menjatuhkan hukuman terha­dap Khafasliza Sha­fii, selepas tertuduh didapati ber­­sa­lah dalam per­­­bicaraan untuk semakan kehakiman.

Mengikut pertuduhan, Khafasliza 45, didakwa me­­ne­rima RM3,000 daripada Wan Zubaidah Wan Abdullah melalui akaun Bank Islam pukul 4.38 petang, 16 Disember 2012 di Bank Islam, Jalan Sultan Yahya Petra di sini.

Pemberian itu didakwa mempunyai hu­bungan dengan tugas rasmi tertuduh sebagai pegawai penyelia bagi kerja-kerja menaik taraf sistem saliran serta kerja-kerja berkaitan di Kampung Panggung, Machang.

Khafasliza didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada prosiding tersebut, Ahmad Bache berkata, tertuduh didapati bernasib baik kerana didakwa pada pertuduhan lebih ringan dan tidak mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh membawa hukuman lebih berat.

"Saya juga mengambil kira kamu (tertuduh) yang mempunyai tanggungan anak, namun kepentingan awam perlu diutamakan sejajar dengan kehendak parlimen mengubal akta yang membabitkan kesalahan rasuah. Gejala rasuah khususnya melibatkan pegawai kerajaan amat serius kini," katanya.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Shahidah Muslimah Roslan manakala tertuduh diwakili peguam Zainal Abidin Mustaffa.

Pada 15 Disember 2015, Mahkamah Sesyen di sini membebaskan tertuduh terhadap pertuduhan terbabit sebelum pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain