Lelaki tersebut membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di dua mahkamah berasingan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan dan Hakim Juraidah Abbas.

Tertuduh yang berusia 48 tahun didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang merupakan anak saudaranya kira-kira pukul 2 petang 17 Jun lalu dan pukul 5 petang keesokan harinya.

Bapa kepada empat anak itu turut didakwa atas pertuduhan cuba merogol kanak-kanak sama kira-kira pukul 3 petang 16 Jun lalu di sebuah rumah di Kampung Bukit Larek .

Pendakwaan bagi dua kesalahan amang seksual fizikal tersebut dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Manakala pendakwaan bagi pertuduhaan cubaan rogol dilakukan mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Rehab Abdul Shukur tidak menawarkan sebarang jaminan kerana bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa berikutan hubungan kekeluargaan antara mereka dan tinggal berjiran.