Perbicaraan peringkat bela diri yang didengar oleh Hakim Datuk Azmi Ariffin dimulakan dengan keterangan tertuduh kedua iaitu warga Vietnam, Doan Thi Huong.

Tertuduh pertama, Siti Aisyah yang merupakan warga Indonesia tidak memberi keterangan bela diri dahulu berikutan pihak polis sedang mencari dua lagi saksi pembelaannya.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam kira-kira pukul 9.36 pagi menaiki kenderaan polis dan dikawal ketat.

Kedua-dua wanita itu didakwa atas tuduhan membunuh Jong-nam,45, bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, KLIA2, Sepang kira-kira pukul 9 pagi, 13 Februari 2017.

Pertuduhan terhadap kedua-dua wanita itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE