Pada 1 Mac lalu, Hindraf memfailkan saman pemula untuk menuntut perisytiharan bahawa pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai suatu ancaman kepada keselamatan negara dan dilarang daripada memasuki Malaysia.

Ibrahim memfailkan permohonan itu atas alasan, prosiding yang dibuat oleh Hindraf didakwa menjejaskan hak dan kepentingan umat Islam untuk mendengar dan mendapatkan ilmu secara langsung melalui ceramah dan khutbah disampaikan oleh Zakir dan Perkasa sebuah pertubuhan untuk memperkasakan agama Islam sebagai agama persekutuan di negara ini.

Kes saman Hindraf itu ditetapkan untuk pengurusan kes, esok. - UTUSAN ONLINE