Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ismail diperintah bela diri dakwaan hina Maidam

KUALA TERENGGANU 18 Mei – Mahkamah Rayuan Syariah hari ini mengetepikan keputusan melepas dan membebaskan bekas Ketua Hakim Syarie Terengganu, Ismail Yahya daripada pertuduhan menghina Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) serta mempertikaikan titah Sultan Terengganu dalam penstrukturan semula jawatankuasa agama itu.

Ismail Yahya di Mahkamah Rayuan Syariah, Kuala Terengganu, semalam. utusan/ AZLAN BAHRUM

Panel tiga hakim diketuai Tan Sri Dr. Ibrahim Lembut yang bersidang bersama Datuk Seri Dr. Md. Yusof Che Teh dan Datuk Daud Mohamad memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan sekali gus mengarahkan kes itu dibicarakan semula di pe­ringkat pembelaan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Tarikh lsmail, 61, akan memberi keterangan bela diri ditetapkan kemudian.

Mengikut pertuduhan pertama, Ismail yang masih menjawat jawatan itu ketika kejadian didakwa menghina Maidam dengan menyatakan tindakan mengambil alih dan meletakkan pentadbiran Mahkamah Syariah Terengganu merupakan satu usaha ke arah melakukan perbuatan maksiat.

Bagi pertuduhan kedua, Ismail didakwa mempertikai arahan Sultan Terengganu sebagai ketua agama Islam yang telah memperkenan pelaksanaan penstrukturan baharu institut pentadbiran agama Islam dan adat Melayu berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 29 Oktober 2012 di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu melalui surat yang dihantar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.

Kedua-dua pertuduhan ber­kenaan masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 1 September tahun lalu, Hakim Syarie Mohd. Nazri Yusof melepas dan membebaskan Ismail atas pertuduhan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie pada akhir kes pendakwaan.

Kes itu merupakan kes pertama seumpamanya di negeri ini dan dalam penghakimannya, Mohd. Nazri berkata, keterangan beberapa saksi pendakwaan adalah lemah dan dokumen yang diserahkan juga tidak lengkap malah ada saksi penting yang tidak dipanggil.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain