Majistret Shamshol Azwa Martadza menjatuhkan hukuman itu ke atas Tan Seow Yen, 36, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Seow Yen didakwa menampar L. Vanitha, 38, yang mengajar Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Kuang di Sungai Bakap pada pukul 5.15 petang, 2 Februari 2015.

Suri rumah yang memiliki tiga anak berusia antara lapan dan 14 tahun itu didakwa bertindak demikian selepas anak lelakinya yang ketika itu berusia sembilan tahun telah dicubit guru berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afiq Nazrin Zaharinan manakala Seow Yen diwakili peguam, Mohd. Ismail Mohamed.